“.. madu telah digunakan oleh manusia sejak 5,500 tahun lalu. Majoriti empayar besar dunia dilaporkan menggunakan madu untuk masakkan dan juga manfaat kesihatan. Terdapat lebih 320 jenis madu yang berbeza dari segi bau, warna dan rasa..”
Membantu Kesihatan Jantung
Madu boleh membantu menurunkan tekanan darah, normalkan degupan jantung dan mencegah kematian sel sihat. Ini semua menyumbang kepada kesihatan jantung.
Membantu Melegakan Batuk
Kajian pada tahun 2021 menunjukkan madu sangat bagus untuk melegakan masalah batuk dan sakit tekak. Ia dibantu oleh komponen yang mengandungi bahan antibaketria dan antiradang di dalam madu.
Mengurangkan Risiko Menghidapi Darah Tinggi
Kajian terhadap 4500 wanita yang berusia lebih 40 tahun mengambil madu secara sederhana terbukti mampu mengurangkan risiko terkena tekanan darah tinggi.
Membantu Menyembuhkan Luka Dengan Cepat
Dalam satu kajian, penggunaan madu telah membantu menyembuhkan 97% mereka yang terkena ulcer berkaitan dengan diabetes.
Membantu Mengurangkan Keradangan
Penyelidik mendapati madu boleh meningkatkan tahap hormon andiponektin yang boleh mengurangkan keradangan dan tambahbaik kadar gula dalam darah.
Membantu Masalah Penghadaman
Di dalam satu kajian, madu juga dipercayai dapat membantu melegakan mereka yang menghadapi masalah berkaitan penghadaman seperti cirit-birit.
Mengurangkan Risiko Diserang Penyakit Kronik
Madu asli mempunyai bahan bertindak sebagai antioksida yang melindungi badan anda dari radikal bebas. Ia membantu melindungi dari penyakit kronik seperti kanser.
MAKANAN TAMBAHAN BUKAN UBAT: Ia adalah makanan yang boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian. Hasil mengamalkan makanan tambahan adalah pelbagai dan berbeza mengikut individu. Ia bergantung terhadap cara penggunaan, gaya hidup dan sebagainya.
Ada Yang Boleh Saya Bantu?
Ada sebarang persoalan? Perlukan sebarang penjelasan? Perlukan cadangan produk yang sesuai? Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan penjelasan.