Memperkenalkan Jus Buah Asli Tanpa Gula, Tanpa Pengawet!

Mengutamakan produk berkualiti, Sihaté terpaksa tampil berbeza dari syarikat pengeluaran produk makanan tambahan yang lain.

Kami membuat lawatan dan penilaian bagi setiap ladang yang akan membekalkan produk kepada Sihaté.
Adly & Hj. Azham bersama hasil minyak zaitun dari salah satu ladang terbaik di Milas, Turki.
Minyak Zaitun Extra-Virgin adalah produk berkualiti tinggi pertama di bawah jenama Sihaté.

Dari Pengasas..

Kami tampil berbeza bukan sekadar ingin jadi berbeza. Bukan juga mencari publisiti kerana dilihat berbeza. Perjuangan kami adalah untuk memberikan pilihan makanan tambahan yang lebih baik kepada para pengguna seperti anda.

Setiap kelebihan bahan yang diketengahkan adalah berdasarkan sumber rujukkan yang berkredibiliti. Tanpa perlu pemasaran yang mengelirukan. Tanpa perlu gembar-gembur perkara yang tidak perlu. Tanpa perlu menggunakan nas-nas agama diluar konteks.

Kami terpaksa tampil berbeza. Supaya anda boleh mengamalkan makanan yang benar-benar berkhasiat. Supaya anda boleh merasai makanan yang benar-benar asli. Supaya anda boleh menggunakan makanan yang benar-benar selamat.

Kami percaya anda juga sama, inginkan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Anda pasti akan memilih makanan tambahan yang berkhasiat, asli dan selamat untuk diamalkan seisi keluarga.

Menggengam dasar perjuangan ini, kami mengasaskan Sihaté agar menjadi jenama pilihan bagi pengguna yang mementingkan makanan tambahan berkualiti tinggi untuk kesihatan diri dan keluarga tersayang. Insyallah!

Yang ikhlas,

- Hj. Azham & Adly.

Penasihat & Pakar Rujuk

Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah

Beliau merupakan Pensyarah Kanan Bidang Tafsir, Mukjizat Sains Al-Quran & Pemakanan Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sering menjadi rujukkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pemakanan dalam Islam. Beliau banyak menjawab salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat berkaitan pemakanan sunnah. Salah satu caranya ialah dengan mengetengahkan hasil kajian bersama menerusi buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam.

Kepakaran: Kajian Perbandingan Al-Quran, Al-Quran dan Sains, Kajian Manuskrip, Ilmu Hadis.

Kelayakan: B.A.(Hons.)(Yarmouk), M.I.S.(UKMalaysia), Ph.D(Malaya).

Penanda Aras Yang Lebih Tinggi Untuk Sihaté

01

Terbukti Secara Santifik

Setiap produk yang dikeluarkan berdasarkan bahan asas yang terbukti secara saintifik mempunyai pelbagai khasiat. Ia disokong dengan kajian serta jurnal perubatan yang berkredibiliti.

02

Selamat Digunakan

Setiap produk yang dikeluarkan akan melalui beberapa siri ujian makmal kerana ia perlu memenuhi beberapa indikator yang telah ditetapkan untuk memastikan produk tersebut asli dan selamat.

03

Diakui Oleh Pakar

Setiap produk yang dikeluarkan juga akan melalui siri diskusi serta semakkan dari pakar bidang & ahli akademik yang berautoriti. Semua hasil ujian makmal akan dirujuk kepada mereka.

Lokasi Kami

Ibu Pejabat

Wisma AZCO, Tingkat Bawah (B), Lot 2931, Jln Sultan Yahya Petra, 16150 Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Lembah Klang

Suite 9.01, Level 9, Menara Summit, Persiaran Kewajipan, USJ 1, UEP 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.