Minyak zaitun terhasil daripada perahan buah zaitun. Ia merupakan sumber lemak mono tidak tepu yang sangat baik yang diperlukan badan untuk menghindari dari terkena penyakit. Buah yang dipetik akan ditekan sejuk (cold pressed) dalam tempoh 12 jam bagi mengekalkan khasiat yang ada pada buah tersebut.
Late Harvest: Proses penghasilan minyak zaitun tuaian akhir atau late harvest sama seperti minyak zaitun early harvest. Yang membezakannya ialah buah dipetik di akhir musim iaitu sekitar bulan March sehingga Mei. Ketika ini buah yang masak digunakan dan dan kandungan antioksida berkurangan tetapi minyak dapat dihasilkan dengan banyak.
- Bahan: 100% Organic Extra Virgin Olive Oil
- Isipadu: 250ml
- Acidity: < 0.6
- Tarikh Tuaian: 10 Januari 2022
- Dihasilkan Dari: Milas, Turki
Boleh diambil bersama makanan atau digunakan sebagai bahan masakan. Ada pakar kesihatan mengesyorkan memakan minyak zaitun secara mentah. Orang dewasa boleh amalkan dua sudu besar sehari pada waktu pagi dan malam. Maksima enam sudu besar sehari. Tiada masalah sebelum atau selepas makan.
Boleh juga digunakan untuk kegunaan luaran, contohnya sebagai minyak rambut, minyak urut dan sebagainya.
Minyak zaitun sensitif dengan udara, haba dan cahaya. Justeru minyak yang telah dibuka hendaklah ditutup rapi, disimpan pada suhu bilik dan jauh dari terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan. Minyak yang terdedah kepada udara, haba berlebihan dan cahaya akan mengurangkan khasiat minyak tersebut. Jangan simpan minyak di dalam peti sejuk kerana ianya boleh membeku.
Setiap produk Sihaté akan melalui minima dua kali ujian makmal. Satu di tempat produk dihasilkan dan satu lagi setelah tiba di Malaysia. Ia bagi memastikan produk yang dijual adalah benar-benar asli.
Lihat Semua Sijil
147 maklumbalas untuk Extra Virgin Olive Oil Late Harvest 250ml
Mmg dah beli dr tahun² lepas. Botol yg byk² tu saya kumpul lebihan minyak zaitun nak dibuat tuk urut anggota badan dan sapu pada luka. Alhamdulillah, izin Allah luka cepat kering.
Byk percuma dpt. Setiap kali beli kombo ada je percuma produk berbeza². Tq. Saya pengguna tegar minyak zaitun. Hanya untuk kesihatan.
Saya beli untuk rawat sembelit, gastric Dan cholesterol. Sembelit okay dan cholesterol terkawal. Gastric pun rasa ok. Thanks seller for the free gift and courier did a best job. In Sya Allah beli lagi.
Saya beli untuk rawat sembelit, gastric Dan cholesterol. Sembelit okay fan cholesterol terkawal. Gastric pun rasa ok. Thanks seller for the free gift and courier did a best job. In Sya Allah beli lagi.