Jus Delima Organik Sihaté dihasilkan dari perahan buah delima organik bersama biji delima dan melalui proses semula jadi yang teliti. Jus Delima merupakan jus buah yang tinggi kandungan antioksida berbanding jus buah yang lain dan antioksidanya tiga kali lebih tinggi dari teh hijau. Ianya juga kaya dengan Vitamin C, E, K, Potassium dan banyak lagi.
Cara Penghasilan: Hanya buah delima organik akan dipetik dan buah delima yang terbaik akan dipilih, diproses dan dibotolkan. Buah Delima yang dibuang kulit akan diperah bersama bijinya. Hasilnya, jus delima ini menghasilkan rasa manis, masam dan sedikit kelat. Ia mengeluarkan aroma buah delima semulajadi yang sungguh lazat.
- Bahan: 100% Organic Pomegranate Juice
- Isipadu: 250ml
- Baik Sebelum: 10 Julai 2026
- Dihasilkan Dari: Adana, Turki
Jus Delima sihaté boleh diminum begitu sahaja tanpa perlu campur ke dalam air. Dicadangkan untuk sekali hidangan menyamai segelas cawan 250ml. Sekiranya mahu minum setiap hari, disyorkan untuk minum 119 ml - 355 ml setiap hari.
Selepas penutup dibuka, jus perlu disimpan dalam peti sejuk.
Setiap produk Sihaté akan melalui minima dua kali ujian makmal. Satu di tempat produk dihasilkan dan satu lagi setelah tiba di Malaysia. Ia bagi memastikan produk yang dijual adalah benar-benar asli.
Lihat Semua Sijil
92 maklumbalas untuk Organic Pomegranate Juice 250ml
Beli ni tapi ada pecah 1 botol. Seller sgt responsible dia ganti balik yg pecah tu. Even mahal skit tp berbaloi. Dlm seminggu tu minum dlm 3-4 botol. HB tak pernah bawah 11. Suka sgt sbb berbaloi. Rasa dia masam betul tp kalau minum laju2 okay je
Pembungkusan sangat secure dan ads gift yang menarik. Rasanya masam-masam sesuai la untuk hilangkan rasa loya..