Memperkenalkan Jus Delima Organik Tanpa Gula, Tanpa Pengawet!

Jualan produk-produk yang mengalami 'packaging defect' pada harga diskaun.

5% Rosak

Sihaté adalah jenama pengeluar makanan kesihatan yang berkualiti tinggi. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan menerima produk yang terbaik.

Setiap koleksi produk yang dikeluarkan oleh Sihaté akan melalui proses Quality Check (QC) yang ketat. Biasanya, kadar 'defect' bagi setiap koleksi ialah sekitar 5%.

Manakala 80% dari kadar 'defect' tersebut boleh diklasifikasikan sebagai 'minor' kerana melibatkan packaging luar sahaja.

Di Antara Contoh 'Packaging Defect'

  • Tiada kotak
  • Pelekat senget
  • Pelekat tertanggal
  • Pelekat & botol kotor
  • Tiada hang tag
  • Kotak rosak
  • Pelekat rosak
  • dan banyak lagi

As-Is Sale

Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk menawarkan produk-produk yang mengalami 'minor defect' ini kepada para pelanggan sedia ada pada harga yang cukup istimewa.

Kempen jualan ini diberikan nama 'As-Is sale' yang mencerminkan kondisi packaging produk yang seadanya. JAMINAN kami bahawa semua kandungan produk berada dalam keadaan yang sangat baik dan selamat untuk dimakan.

Sihaté diwujudkan untuk membantu anda sekeluarga agar lebih sihat dengan mengamalkan makanan tambahan yang terbukti secara saintifik. Berkualiti tinggi, selamat & dipercayai.

Ada Yang Boleh Saya Bantu?

Ada masalah nak buat tempahan? 👋
Tak tahu produk yang sesuai? 👋

Ada sebarang persoalan? Perlukan sebarang penjelasan? Perlukan cadangan produk yang sesuai? Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan penjelasan.

Klik Untuk Whatsapp

Beli Sekarang. Bayar Kemudian Secara Ansuran Mudah Sehingga 3 Bulan. Tanpa Sebarang Faedah & Patuh Syariah.

Pilih Produk & Tempah Sekarang

Cuba sekarang dan fahami tahap penetapan kualiti produk kami.

AS-IS

5 maklumbalas
(5 customer reviews)

RM20.00RM250.00

Kami mengambil inisiatif untuk menawarkan koleksi produk yang mengalami ‘minor defect’ dari segi luaran (packaging) ini kepada para pelanggan sedia ada pada harga yang cukup istimewa.

Pilih Kuantiti

5 maklumbalas untuk AS-IS

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Alhamdulillah.. parcel telah diterima.

    pembelian ke2 saya untuk kegunaan keluarga.

    Pembelian pertama kombo 3 unit berharga RM100.00

    Alhamdulillah.. so far bacaan gula menurun & terkawal selepas pengambilan minyak zaitun Sihate

    terima kasih.


    Verified buyer
    Shahrul Aina Omar
  2. Produk yg ditempah telah diterima dalam kondisi yg baik, selamat dan tidak pecah serta dalam waktu yg dijangka. Namun sebagai penambahbaikan, adalah diharap pelekat sticker tarikh luput produk disertakan sekali atau dilekatkan terus ke botol agar memberi lebih keyakinan kepada pembeli² di masa akan datang.

    Semoga Sihate & Herbliss Sdn Bhd terus sukses.

    Sekian. Terima kasih


    Verified buyer
    Mdkhatib Khalid
  3. Alhamdullilah barang yang ditempah sudah Selamat sampai walaupun barang ada sedikit kerosakan tetapi saya yakin kualiti dari produk sihate.

    Penghantaran adalah cepat dan dibungkus dengan sangat baik

    Ini adalah pembelian kali kedua saya barang sihate.

    InsyaAllah saya beli lagi

    Semoga Allah Permudahkan segala urusan pihak Tuan/ Puan.


    Verified buyer
    Zawawi Kamaruddin
  4. Saya belum guna lagi… Stok lama masih ada…

    Tapi saya order 2 botol yg sampai hanya 1 botol..


    Verified buyer
    JanG Mohd
  5. Alhamdulillah sangat ok madu pine tu.


    Verified buyer
    Intan Suraya

Ingin kongsikan maklumbalas?

Kami teruja untuk mendengar maklumbalas jujur dari anda. Insyallah setiap kata-kata anda kami akan jadikan pemangkin semangat dan iktibar. Klik butang di bawah untuk kongsikan maklumbalas anda. Terima kasih!

Add a review

Your email address will not be published.

MAKANAN TAMBAHAN BUKAN UBAT: Ia adalah makanan yang boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian. Hasil mengamalkan makanan tambahan adalah pelbagai dan berbeza mengikut individu. Ia bergantung terhadap cara penggunaan, gaya hidup dan sebagainya.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah persoalan yang sering diajukan oleh para pengguna.

Anda boleh membuat tempahan terus produk 'minor defect' menerusi laman web ini. Atau boleh juga menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk pertanyaan selanjutnya. Stok adalah sangat-sangat terhad bagi setiap produk yang ada.

Harga bergantung kepada jenis produk serta tahap 'defect' produk tersebut. Ada produk yang diberikan sehingga 70% diskaun. Jadi anda boleh berhubung dengan wakil jualan Sihaté untuk mengetahui harga bagi setiap produk yang dikategorikan sebagai 'defect'.

'Minor defect' ini hanya merangkumi packaging sahaja. JAMINAN kami bahawa semua kandungan produk berada dalam keadaan yang sangat baik dan selamat untuk dimakan.

Mohon maaf, belian produk jualan 'As-Is' tidak boleh dikembalikan. Jadi sila berhubung dan mendapatkan penjelasan sejelas-jelasnya dengan wakil jualan Sihaté sebelum melakukan pembelian. Namun, Sihaté sentiasa menawarkan jaminan pulangan wang 30 hari bagi produk selain 'As-Is'.

Packaging produk 'minor defect' ini pelbagai, bergantung kepada keadaan stok.