Madu Bunga Habbatus Sauda merupakan madu yang dihasilkan daripada debunga Habbatus Sauda. Untuk diiktiraf sebagai Madu Bunga Habbatus Sauda, kerajaan Turki menetapkan sumber madu hendaklah melebihi 30% dari Bunga Habbatus Sauda. Madu Sihaté mengandungi 57% madu daripada debunga Habbatus Sauda.
Sarang madu akan diletakkan di Burdur yang penuh dengan Bunga Habbatus Sauda dan ditinggalkan. Madu yang terhasil daripada sarang tersebut akan dibotolkan dan sedia untuk dimakan.
Madu Bunga Habbatus Sauda merupakan manisan semulajadi yang kaya dengan Antioksida, Antibakteria, Antifungal, Vitamin B6 dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran
- Bahan: 100% madu
- Nektar: Bunga Habbatus Sauda
- Isipadu: 250 gram
- Sumber: Burdur, Turki
Secara asasnya, madu perlu di ambil secara sederhana dan sangat bagus dijadikan alternatif kepada gula putih di dalam makanan atau minuman. Banyak pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan dua sudu besar madu setiap hari.
Untuk tujuan kesihatan, boleh bancuh satu sudu besar madu dengan satu sudu minyak zaitun di dalam segelas air. Amalkan setiap pagi semasa perut kosong.
Ia boleh disimpan seperti biasa pada suhu bilik asalkan ia ditutup dengan rapat.
Setiap produk Sihaté akan melalui minima dua kali ujian makmal. Satu di tempat produk dihasilkan dan satu lagi setelah tiba di Malaysia. Ia bagi memastikan produk yang dijual adalah benar-benar asli.
Lihat Semua Sijil
45 maklumbalas untuk Sauda Flower Honey 250g
Repeat customer🥰
Madu ni jjaddi bila tiba musim batuk selsema ❤️
Recommended
Dari Segi rasa memang sedap
Sedap. Dah lama makan madu ni. Dh masuk botol ke 6. Sangat sesuai dan madu ini asli.