Minyak Habbatus Sauda terhasil daripada perahan biji Habbatus Sauda atau juga dikenali sebagai jintan hitam (black cumin). Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa. Minyak Habbatus Sauda merupakan penawar asli kepada penyakit. Minyak ini telah lama digunakan sebagai ubat sejak ribuan tahun yang lalu untuk merawat berbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, masalah saluran pernafasan dan kulit.
Cara Penghasilan: Biji Habbatus Sauda akan digunakan sepenuhnya. Biji ini akan ditekan sejuk (cold pressed). Hampas dari perahan akan dibuang dan minyak yang terhasil akan dibotolkan dan diletakkan dalam kotak dan sedia untuk dijual.
- Bahan: 100% Minyak Habbatus Sauda
- Isipadu: 50ml / 200ml
- Thymoquinone : 20.04% (mg/g)
- Tarikh Tuaian: 10 Januari 2022
- Dihasilkan Dari: Turki
Boleh diambil bersama makanan atau digunakan sebagai bahan masakan. Ada pakar kesihatan mengesyorkan memakan minyak habbatus sauda secara mentah. Orang dewasa boleh amalkan dua sudu besar sehari pada waktu pagi dan malam. Tiada masalah sebelum atau selepas makan.
Boleh juga digunakan untuk kegunaan luaran, contohnya sebagai minyak rambut, minyak urut dan sebagainya.
Minyak yang telah dibuka hendaklah ditutup rapi, disimpan pada suhu bilik dan jauh dari terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan. Minyak yang terdedah kepada udara, haba berlebihan dan cahaya akan mengurangkan khasiat minyak tersebut. Jangan simpan minyak di dalam peti sejuk kerana ianya boleh membeku.
Setiap produk Sihaté akan melalui minima dua kali ujian makmal. Satu di tempat produk dihasilkan dan satu lagi setelah tiba di Malaysia. Ia bagi memastikan produk yang dijual adalah benar-benar asli.
Lihat Semua Sijil
70 maklumbalas untuk Habbatus Sauda Oil
2nd time purchase, mostly used whenever coughing, effectively heal within day or 2 for me. There is lot of use for the oil, trying to explore more for skin care.
Pehhh impress teruks. Dulu biasa biasa je brand sihaté ni. Sekarang premium teruks. Habbatus sauda memang dah biasa beli. Dah 3, 4 kali jugak beli. Olive oil baru nak try. Nampak dah beberapa kali tips untuk fatty liver kena makan olive oil perah limau nipis. Rupanya belikat kanan selalu sakit puncanya fatty liver. Nak try tengok menjadi ke tak. Cool gila packaging dia, kad dia. Sebagai customer yang dah tengok segala perubahan brand ni, aku sangat kagum dengan imrpovement brand ni.
Repeat order, best quality akk pernah try Alhamdulillah.
Guna untuk anak asthma, tonsil, kahak, batuk..
Pernah guna sebelum ni.